槟州第二大桥建筑工程目前进展 16.7%
信息来自:penangmedia.com · 作者: · 日期:24-11-2010

 2010-11-23 作者: admin 来源: http://penangmedia.com/cms/2010/1123/4319.html

槟州首席部长兼峇眼区国会议员林冠英于 2010 年 11 月 23 日在乔治市发表文告

槟州第二大桥建筑工程目前进展 16.7% ,促请槟州二手承包商数量从现有的 24.5% 提高至 50% 以上

公共工程部受促将槟城第二大桥槟州二手承包商数量从现有的 24.5% 提高至 50% 以上。槟州二手承包商的数量有必要增加,以让槟州的二手承包商有机会从这项在本身土地所展开的价值 45 亿令吉的工程中分一杯羹。公共工程部长在国会给我的书面答复列明参与这项工程的槟州二手承包商数量很少: -

他说,联邦政府已经成立一家专门公司—二桥私人有限公司( JKSB ),即财政部机构全资拥有的子公司,作为槟城第二大桥建筑工程特许经营权拥有人。槟城第二大桥长 23.5 公里,将衔接槟岛的峇都茅及威南的峇都交湾。

这项工程在 2008 年开始,估计在 2013 年完工。截至 2010 年 8 月 31 日,整项工程只完成 16.7% , 原本估计 18.4% 。有关工程合约及过路费的课题,首相署私营化委员会的公私合作单位还在检讨,他们将提呈建议给内阁通过。

参与槟城第二大桥建筑的主要承包商为:

Chec Contructions (M) Sdn. Bhd (中国注册)地盘接管日期: 2008 年 11 月 8 日 ;

UEM Builders Berhad (吉隆坡注册) . 地盘接管日期 : 2009 年 6 月 8 日 ;

Cergas Murni Sdn. Bhd (吉隆坡注册) . 地盘接管日期 : 2010 年 5 月 19 日 ;

IJM Contructions Sdn. Bhd (雪兰莪注册) . 地盘接管日期 : 2010 年 6 月 28 日 ; 及

HRA Teguh Sdn. Bhd (吉隆坡注册) . 地盘接管日期 : 2010 年 5 月 19 日

截至 2010 年 9 月 13 日,共有 106 名二手承包商被主要承包商遴选来参与这项工程。其中 26 个二手承包商或 24.5% 的承包商是在槟城注册的。

林冠英

Kenyataan Akhbar Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Dan Ahli Parlimen Bagan , Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 23.11.2010.

Kemajuan Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang Setakat 16.7%, Dan Menyeru Bilangan Subkontraktor Pulau Pinang Dinaikkan Kepada Lebih 50% Berbanding 24.5% Sekarang.

Kementerian Kerja Raya diminta untuk menambahkan bilangan subkontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5% sekarang kepada lebih 50%. Tambahan subkontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada subkontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek 4.5 billion ringgit yang bertapak di negeri mereka sendiri. Bilangan subkontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada saya dalam jawapan bertulis di Parlimen :-

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan telah menubuhkan syarikat khas Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan.

Projek itu telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013. Sehingga 31 Ogos 2010, kemajuan keseluruhan di tapak ialah 16.7% berbanding 18.4%. Mengenai tempoh konsesi dan kadar tol yang akan dikenakan kepada pengguna yang melalui jambatan ini, perkara ini masih lagi sedang diteliti oleh Jawatankuasa Penswastaan di Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri dan ia akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah seperti berikut:-

Chec Contructions (M) Sdn. Bhd ~ Negara Asal: Republik China. Tarikh Milik Tapak 8 November 2008;

UEM Builders Berhad ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 8 Jun 2009;

Cergas Murni Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 19 Mei 2010;

IJM Contructions Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Selangor. Tarikh Milik Tapak: 28 Jun 2010; dan

HRA Teguh Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 19 Mei 2010

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat 30 September 2010 seramai 106 subkontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 26 subkontraktor atau 24.5% merupakan kontraktor yang berdaftar di Negeri Pulau Pinang.

Lim Guan Eng

经济策划组
国家银行
MIDA
My Trade Link
马来西亚财政部
国家统计局
Country Report
新经济模式 (中文)